Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rabbana atinaa fid-dunniaa hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qinaa 'azaaban-nar.

Monday, November 24, 2008

GARDENIA... So good, You can even eat it on it's own...!


Sabtu lepas kilang aku buat lawatan ke kilang Gardenia di Shah Alam. Turun je dari kereta, bau roti dah mencucuk ke hidung.. nasib baik dah serapan, so perut aku tada la tergoda sangat. Boleh tahan juga penyertaan dari pekerja kilang aku, ramai yang bawak anak2, laki bini semua turun..


Memula, berkumpul la depan kilang. Rasa dah macam budak sekola pon ada gak.. nasib baik x kene beratur.. pelawat yang dewasa diberikan pas lawatan yang berwarna oren.. Very the striking gitu.. lepastu kitorg di bawa ke bilik tayangan untuk sesi taklimat. Video presentation nya agak menarik. Adala citer pasal sejarah roti, gandum dan proses roti dibuat di dalam kilang gardenia.


Satu hari je, diorang boleh hasilkan 40,000 buku roti (jenis roti putih yang biasa orang makan tu..) tak termasuk roti2 yang lain macam twiggies, squiggles, bun, muffin & etc. Sangat menakjubkan. Lepas tengok wayang kat bilik tayangan tu, kitorang pon di bawa tengok sendiri proses buat roti dalam kilang. Tapi bukannye simply masuk terus ke tempat mesin2 tu. Diorang dah sediakan laluan bilik berkaca untuk tengok dari jauh (tapi okla, boleh nampak la keseluruhan) macamne mesin2 tu beroperasi.


Mula2 je melangkah masuk ke dalam laluan pelawat tu, dapat rasa haba dari oven pembakar roti. Kalo bau roti tu dah xleh nak citer la.. kenyang pon leh jadik lapar.. memang mengharumkan... and then bila dah sampai laluan yang boleh view dari dinding kaca, sejuk la sikit..pasal ada air cond. Kat situ orgnye pon terangkan la step2 proses buat roti dari mesin A sampai la ke mesin N ke O, lupa la diorg punye last mesin huruf ape..


Gambar2 dalam mesin dalam kilang tu xdibenarkan ambil, so boleh ambik gamba kat lobby dengan pintu masuk je. Kalo nak tengok ape yang berlaku dalam kilang tu, kene la buat lawatan sendiri, dan ia adalah free jer.. sesape pon leh dtg, tp kene wat appointment la dulu...


Selepas abes tengok dalam kilang tu, kitorg pon di jamu dgn twiggies dan air nescafee. rasa macam xcukup je twiggies seketul tuh.. hehe.. over la pulak kan.. kalo suruh beli, memang hampeh xterbeli2.. ni dah kasi free nk lebih plak..


masa nak balik tu, masing2 dapat satu goodies bag yang terisi macam2 jenis roti di dlmnya. yang best tu, bukan dapat roti putih kosong, tapi roti gandum yang penuh serat berharga RM 4 lebih sebuku... dalam tu juga ada bun, roti jagung, twiggies lagi dan squiggles.. Dan aku adalah org yg beruntung kerana dapat twiggies extra, (tetiba je org tu bagi satu plastik yang berisi 10 twiggies didalamnye..). Ape lagi.. happy giller la rasanya, agaknye org tu tau kot aku xcukup twiggies.. ekekek.. Dan twiggies itu di bahagi 2 kepada kawan aku yang telah sudi menumpangkan aku ke kilang Gardenia.. cukup la 5+1 biji twiggies dalam goodies bag tu.

So, adalah beberapa foto yang sempat diambil sebelum kaki ni melangkah pulang.. Sampai je rumah, ape lagi, terus kene serbu roti2 yang berada di dalam goodies bag itu.. xpela.. buat suka-suka budak2.. diorg happy makan, aku pon tumpang happy gak.. aku pon dapat la jugak merasa sikit.


Lepas tu dah kene bersiap nak ke kenduri kawen sedara kat Keramat KL.. So, mintak maap le kengkawan yang clash kenduri kawen pada hari sabtu.. memang xleh nak join. Dan ada juga yang aku terlupa tarikh, ingatkan ahad, rupa2nya sabtu plak.. very the sorry gitu kan...


Ni masa kat lobby, lihat di tanganku itu.. itulah goodies bag yang berisi pelbagai jenis roti..

Roti yang dua buku tu bukan untuk aku ye.. itu hanyalah display semata2.


Ni lah 2 orang gardenia yang jadi tukang cerita pasal Gardenia Hafiz & Sha

Aksi over sebelum balik.. lokasi: dihadapan kilang.

No comments: