Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rabbana atinaa fid-dunniaa hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qinaa 'azaaban-nar.

Thursday, October 15, 2009

4 bulan sudah...

Sebenarnya adalah tersangat malas nak mengupdate blog ni sbb rasanye tada sape pon yg suka nak baca melainkan aku sorg je.. Yeke? Ntah la..
Biasanya suka baca blog orang, especially blog dari En Mazidul. Rasa mcm tgk 360 hari2 jer.. hahaha..

Well, sekarang ni dah masuk trimester ke2. Semalam gi check-up dapat dengar bunyi jantung baby dlm perut.. happynye rasa even tak dapat rasa lagi apa2 movement dalam perut. Berat badan semakin bertambah dengan ganasnye sampai nurse suruh control ikut diet yg dibagi.. Rasanye aku makan da cukup control da, tapi kdg tu ada gak terlepas control.. hehe.. lapar punye pasal..

Ujung bulan ni akan buat scan yang kedua.. Xsabar lak rasanya nak tengok perkembangan baby dlm perut...

Anyway, 2 perkara yang tak dapat dielakkan sekarang ni adalah LAPAR & MENGANTUK..
tak dapek den nk nolong eh..

Tuesday, September 15, 2009

Da nak Raya ke...???

Salam semua...

Dah lama menyepi, tiba2 rasa nk coret2 lak kat sini. biasanya cuma baca blog org jer, malas nk update pape.. maklumlah.. nak berhadapan dengan puasa yang mencabar tahun ni bukan senang. Kadang tu badan memang flat habes, tapi sayang lak nak buka posa pasal biasanya waktu flat tu cuma tinggal sejam je lagi nak masuk waktu berbuka.. sayang kan...? so, bertahan je la...

Sekarang ni bahang raya dah mula terasa, tapi aku sikit pon takde perasaan nak raya.. apsal ek? mungkin last minit baru mood raya muncul kot... persiapan raya macam tak berapa nak nampak jer.. orang lain da sibuk2 aku masih selamba jer.. bukannye ape, kadang tu kerja seharian pon da tak larat. Nak layan badan lagi, jaga mak, jaga suami.. huhu.. penat gak, but still happy. Hopefully i can manage it very well soon.

Hurmm.. tahun ni sambut raya amat berlainan barangkali.. yelah, tahun ni da bergelar isteri orang. Pertama kali la raya di rumah mak mertua.. Tahun depan pulak, kalo diizinkan Allah, sambut raya pon bakal berlainan.. Sebab "orang baru" nak datang dalam hidup kami...

Sebenarnya banyak je mende nak cerita, tapi cukup la sampai sini dulu..

Nanti ada masa sambung lagi...

chow chin chow..

Thursday, August 13, 2009

Put on your mask!

Uuu..lamanya aku x update blog..

tiap kali baca blog org rasanye nk update, tapi xsempat2. Nak pulak internet condemn last 2 weeks.. lagi la tatau nak wat per..

Sekarang ni Kes H1N1 da tahap membimbangkan. Yang aku risau, aku termasuk dlm kategori org yang perlu berjaga-jaga - a.k.a wanita mengandung. Even masih dalam trimester pertama, ramai kengkawan nasehat memacam utk aku..

Tapi alhamdulillah, setakat ni aku tak mengalami alahan yang teruk, setakat mual2, loya, pening2 tu adala, tapi tupon da cukup wat aku rasa tak selesa. Lagi2 tekak ni ha.. tataula nk telan ape sbb kadang2 rasa nk mkn tu, tapi bila da jumpa tada selera pulak.. mengada2 laks kan.. hahaha.. tapi so far, wat masa ni aku main bedal je.. tak kira la ada selera ke tak.. yang penting, perut ni takleh kosong. Kalo da kosong, mula la rasa nk pitam la, rasa nak terbaring kat jalan la.. lagi satu tahap ngada2 kan.. huhu..

Lagi satu, aku sekarang takleh nak bau yang bukan2. Bau wangi sangat takleh macam bau sabun/syampoo/pencuci lantai/perfume dan ape2 jela yang wangi.. Bau busuk lagi la takleh.. hidung jadi hipersensitif. So, kalo terbau je semua bau2 yang tak diingini tu, serta-merta terjadilah penyakit pening2, loya2 dan rasa nak pengsan jer.. huhu..sadis tak?

Arini aku gi kije pakai sapu tangan utk tutup mulut. Naik moto la katakan.. lagipon pagi td kawasan aku ada jerebu/kabus tebal. So, sebagai langkah berhati2 pakailah sapu tangan je utk tutup mulut.
Pastu company aku plak bagi mask kat setiap pekerja.. (ada pon kesedaran utk mengelakkan jangkitan virus H1N1..) So, nak gi memana, pakai je la mask ni tiap masa.. kekadang tu lemas gak.. tapi bagus gak.. sebab aku dapat 2 benefit guna mask ni. First - elak virus H1N1/jerebu. Second-utk menghalang segala bau2 yang aku takleh terima disebabkan alahan..

okla.. stop dulu cerita.. nnt sambung cerita lagi..

Wednesday, July 22, 2009

The meaning of " Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Raaji'uun" & seven names of Allah

Assalamualaikum sumer..
aku terjumpa artikel ni kat mail box aku.. dan aku rasa, ia sangat bermakana utk kita kongsi bersama...


We often say this statement when someone dies. Also some of us may say this sentence when they lose something, suffer a setback or harm. But do you know what it means?

Everyone know that it obviously means 'To Allah we belong and to Him is our return.' But that's not what I am talking about. Do you REALLY & TRULY understand these words and their implications in a Muslim's life?
It simply mean whatever we have is not really ours. It belongs to Allah. Take a look around you, everything you see, all that you have and all that there is in you, on you, around you belongs to Allah, alone.It is Allah Who has given you all the property and goods you possess, and that He is the true Owner of them all.

So the cars that you own, the houses that you live in, the businesses you possess all truly belong to Allah The kids that He blessed you with, the health that He gave you, the time that He has allowed you to be in, are all Allah's property. Even the bodies we live in and the life that we have belongs to Allah alone.

'And to Allah belongs the inheritance of the heavens and the earth' (Surah Al-Imraan:180) 'The kingdom of the heavens and the earth and everything in them belongs to Allah.

'He has power over all things.' ( Surat al-Ma'ida: 120)

'Say: 'To Allah belongs the East and the West' (Surah al-Baqarah:142)

Since everything belongs to Allah, then we have to include even our souls in that list.. The very souls that we think of as our "self"; our "nafs"; our "being" that very thing that distinguishes you from the rest of the world, belongs to Allah. It's not yours.
In fact, YOU are not YOURS. You belong to Allah. And this is the essence of the concept of slavery to Allah in Islam.

And since He is the true Possessor of everything, and everything is His property, He allots what He wills to whomever He wills…..and then He takes it away. After all, it was Allah's to begin with. So He may give you some things and then take it back after a while.. He will bless you with a precious child that you love dearly and then He may take it away. He will grant you money, honour and status and then He may take it away.He will give you youth, vitality and health and then surely He will take it away. In fact everything you have will only be with you for a very short while. And then the Owner will claim His Right. So when Allah does reclaim what was rightfully His, WHY MOURN OUR LOSSES?

Just like a friend who lends you his book. And then after a few days, he wants it back and you give it back to him. No regrets, no sorrow and no questions asked. Similarly, if Allah takes back some of His blessings upon you for some reason, so be it. Say Alhamdulillaah. Don't grieve. Be patient.

Submit to the will of Allah, being pleased with His decision for you.
For surely He will only do what is best for you.The Owner came and took it back.
Remember that you're not the real owner. You were NEVER the real owner to begin with.
You only had everything because it was Allah who gave it to you in the first place.
If If He didn't give it to you, you wouldn't have had it in any way. In fact, you couldn't have had it.

Remember, man enters into this world empty handed and leaves it empty handed. Remember, that everything we have, all the blessings we enjoy, are gifts from the Almighty Allah. Gifts that we enjoy for a limited period until He takes them away whenever He deems fit.
They are a trust from Allah, a loan to you, to see how you respond to these gifts from Allah and how you use them.

In the obedience of the Almighty, thanking Him and worshipping Him or to the disobedience to the One Who gave then to you in the first place. Take note of the words of the Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) on the two occasion of the death of his son, Ibraahim: 'Our eyes are filled with tears, our hearts with grief, but we say nothing with our lips except that which pleases Allah.... Verily, to Allah we belong, and to Him we return.' (Bukhaari)

And we all know the famous incidence about the companion Abu Talha and his wife when one of the sons died and Abu Talha was not at home. She washed and shrouded him and when Abu Talha came home and asked about his son, she said, 'The child is quiet and I hope he is in peace….' (Bukhaari)Subhanallaah….such patience! And such Iman in the statement 'Inna lillaahi wa inna ilayhi Raaji'uun'. She truly understood its meaning and the affect it should have on her life as a Muslimah, submitting to him and being pleased with whatever He has decreed for her. She knew that whatever she has, is not truly hers. Rather, it is Allah' and He took back whatever He owns at its appointed time. And it is because of this Iman so strong, this understanding, that the Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) made doa for them and Allah blessed them immensely.

' They (i.e. Abu Talha and his wife) had nine sons and all of them became reciters of the Quran (by heart). ' (Bukhaari)

'Be sure we will test you with something of fear and hunger, some loss in goods or lives, but give glad tidings to those who are steadfast, who say when afflicted with calamity: 'To Allah we belong and to him is our return.' They are those on who (descend) blessings from Allah and mercy and they are the once that receive guidance.' (al-Baqarah: 155)


The Prophet (PBUH) said 'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'

Sunday, July 19, 2009

Tag dari Julie... (aku jawab secara paksa-rela)

AMARAN: TAG INI PANJANG CERITANYA MACAM KARANGAN ( HANYA UNTUK YANG DAH BERKAHWIN..hehe :) ) - aku tiru ayat ko, julie..

1)Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya..

Memula jumpa dia kat kilang lama (Royalton). Aku bhgn HDC, dia bhgn RC.

2)Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…

Emm.. mula2 kenal? Dia ni suka lepak lat lab aku, hu ha hu ha dgn geng dia. So, aku judge dia sbg org yg happy go lucky a.k.a sengal. Walaupon sengal, tapi dia open minded, berani mempertahankan hak diri, kalo tak puas hati tu, selamba je lawan boss.

3)Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda

Time luah perasaan tu tak dating pon.. dalam tepon je...

4)Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?

kawan:2005
couple:2005-2007
tunang: 18 Nov 2007 sampai nikah 23 May 2009.

5)Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?

baru nak masuk 2 bulan...

6)Kejutan yg pernah dia buat pada anda

Hahaha.. dia kata dia tak reti nak buat kejutan, tapi masa b'day tahun lepas, ada la terkejut, pasal tetiba je ada mamat cina anta bunga kat kilang, org opis panggil nama aku.. aku ingat salah org ke.. sekali tengok nama sender: Tunang aku! (masa tu tunang lagi).. terkozut giller...

7)Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga

Nak kene list down sume ke?
Wat sementara waktu..tgh plan nak carik keta..
pastu nak usahakan tanah kat belakang umah tu..

8) Bagaimana dia melayani karenah anak2?

Dia memang suka budak2.. anak2 buah dia rapat dgn dia, tapi lagi rapat dengan aku w/pon baru kenal.. hahahah..

7)Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda…

Wat masa ni dia tengah berusaha la nak menyesuaikan diri..
so far ok la.. sebab adik beradik aku pon jarang ada kat umah mak aku.. so, jarang la nak borak2.
kalo time kumpul je la baru borak2.
mslhnye diorg tatau nk ringkaskan panggilan nama suami aku, so, terpaksa panggil penuh: AZHARI (kan malas nk sebut panjang2.. hehe)

TAG:
1) Cik Jufen
2) Shamsiah (Sambest)
3) Semua la kengkawan yang da kawen yang aku tada list dlm blog aku..

Monday, July 13, 2009

Da pikir pasal baju raya?

Arini da 21 Rejab, sekejap je da nak masuk bulan sya'ban, dan seterusnya Ramadhan..
Rasanya skrg ni masing2 da sibuk tempah baju raya, yang jual kuih lak da sibuk promosi kuih raya.. aku lak da ditugaskan carik langsir raya utk rumah mak mentua ni... huhu..

Posa pon lom start lagi, tapi ramai yang da prepare awal utk raya.. tanak kelam kabut katanya...
tapi kalo pegi mana2 kedai jahit, mostly ramai yang da tutup tempahan.. kalo ada yg amek pon utk baju yg simple2 jer..

Tahun ni aku xsure la ada baju raya ke tak.. tapi baju nikah tu ada.. leh pakai utk raya.. tapi rasanya mcm terlalu men'jangok' laks.. hehehehe..
tapi xpela.. baju tu pon aku da sewakan kat butik pakcik aku... biar je la kat sana...

Tadi aku baca emel2 kat yahoo.. then aku terjumpa la blog ni...
http://maratussolehah.blogspot.com/

dalam blog tu banyak gak koleksi jubah2 yang menarik.. kalo da tak dan nk buat baju..
aku nak beli yang ready made je la..

dalam blog tu, aku berkenan kat stokin wuduk tu.. dah lama tau pasal stokintu, tapi tak penah lak terjumpa kt mana2..

ada tak sape2 tau kat area kalng/shah alam yg jual stokin wuduk ni...?

Sunday, July 12, 2009

Gambar kawen dari sepupu aku...

Salam kengkawan..

Sementara tunggu gmbar dari cameraman, enjoy gmbr2 dari sepupu aku okey..













































































Thursday, July 2, 2009

Wedding - 7 Jun 2009

Soooorrrryyyy guys...



Tersangat bz sampai xdan nk update entry baru.. Entry ni pon dah consider basi psl da dekat sebulan da pon majlis berlangsung...

ahaks.. diam xdiam, rupenye da sebulan lebey aku jadik isteri orang..


Ramai yg tny ape perasaan da jadi isteri org?
Dah tentu jawapannye --- "best....!!!"



Sebenanrnya aku tgh tunggu gambar dari cameraman ni, tak dapat2 lagi smpi skrg.. katanya lagi 2 minggu sbb line pnjg.. (byk sgt gmbr pengantin yang nak di edit).


Aku masih menunggu dgn penuh kesabaran ni... so, korang pon tunggu je la ek smpi aku dapat gambar2 kawen tu..



Cuma ni je la satu gmbr yg aku dpt dpd sepupu aku, gmbr sekitar majlis bertandang di pihak lelaki...



konsep adalah - hijau.......

sape2 yg dtg ke majlis hari tu sudah tentu terpukau dengan konsep hijau-maniac family suami aku.. Khemah hijau, air hijau, agar2 hijau, pelamin hijau, baju hijau, sampai kan ke bubur sum-sum pon kaler hijau... nasib baik lauk tak hijau gak.. kalo nak hijau gak, kene hidang fresh garden salad la... huhu... ade ke org kenduri makan salad je???


Kesimpulannya, semuanya serba hijau...



So, ini jelah gambar yang aku ada untuk tatapan korang..

Gambar ni bersama kawan-kawan suami aku...

Korang kenal tak lelaki baju kotak2 yang berdiri betul2 kat belakang aku & suami aku....??

Kalo kenal sila bagitau.... hehehehe..

Wednesday, June 10, 2009

Wedding 31-May

Alhamdulillah...

Seminggu lepas tarikh nikah, tibalah masa utk kenduri kawen pulak...

Ingatkan dah tada pe nak buat sgt, last2 dpt projek dari pakcik utk pelamin...
memula tanak wat pelamin, tapi tetiba last minit nak wat lak atas permintaan org ramai...

Bajet hari Jumaat dgn sabtu tu leh la ada masa nk gi kenduri kawen kengkawan ke wat kije2 lain ke...... tapi masa dah byk dihabeskan utk preparation pelamin pulak... so far, alhamdulillah... majlis malam sabtu & ahad berjalan lancar.. walaupon bilangan tetamu tak mencapai jumlah yang dianggarkan (sebab clash dgn banyak kenduri lain), tapi sambutan tetap meriah..

Sabtu malam tu barula pakcik n the crew bertungkus lumus pasang pelamin, start dari kol 12mlm - 6pg.. punyelah bersengkang mata semata2 nak merealisasikan pelamin yang diilhamkan... tema - pelamin duduk ala2 kesultanan melayu.. eceeeewah..
dan inilah hasilnya...
Sungguh terharu...


Gambar pelamin disubuh hari..(hasil sumbangan sepupu - abdul aziz)

Hari ahadnye pulak.. mula bersiap dalam jam 10.30.. ada gak tetamu yang datang seawal jam 11pg sebab ada yang nak ke kenduri lain... Ramai jugak sedara-mara, kengkawan sekolah, kengkawan tempat kije yang dtg.. memang tak sangka... So, terima kasih bebanyak kepada semua yang hadir memeriahkan majlis kahwin hari tu.. xlupa jugak time kasih atas hadiah2 yang sgt best... kalo pindah rumah baru tu, leh kata barang2 kelengkapan utk masak dah hampir complete.. tinggal nak beli peti ais dgn mesin basuh je... hehe...

Walaupon haritu sangat bz tapi aku sangat happy.. sebab dapat merasa suasa yang agak kelam kabut nak layan tetamu, layan keluarga, saudara-mara, kengkawan... Segala penat lelah & xcukup tido langsung tak terasa bila suasana semakin meriah... (cuma terasa lepas abes kenduri je...) Yang kelakarnya, aku n suami siap leh sempat borak2 lagi atas pelamin.. dok bincang nak duduk camne.. hehehe.. So, haritulah first time aku merasa ditepung tawar.. Best rupenye.. hehehe... So, sape yang nak merasa..cepat2 la kawen ek...


Gambar hasil sumbangan sahabat sambest - Hidayati Nusi


Dah habes majlis tu, gi la bergambar kat luar... aku punye outdoor dekat n senang je... depan mata.. kawasan rumah jiran aku merangkap sahabat & pengapit aku - Nuzul... tapi outdoor session terbantut akibat hujan... Alhamdulillah hujan turun lepas habes majlis.. tapi kesian jugak tetamu yang dtg lewat, dok dalam kemah yang disiram dgn air hujan selebat2nye.. aku pon risau je takut kemah tumbang...

Gambar sumbangan sepupu - abdul aziz

So, aku nak amek peluang ni utk ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis perkahwinan ni... adik-beradik, saudara-mara, sahabat-handai & sesape jua yang terlibat dalam majlis perkahwinan Azhari & Azizah. Doakan kebahagiaan buat kami sekeluarga dan kami harap agar kehidupan selepas ini dapat dilalui dengan aman damai, tenang dan berjaya didunia & akhirat...

kita jumpa di entry wedding - 7-Jun nanti....

Wednesday, May 27, 2009

Nikah 230509

Tanggal 23 May 2009, lebih kurang jam 2 ptg, aku dah selamat bergelar isteri kepada Mohd Azharin Yusak (Azharie)...

--cont-- * actually aku da taip bebanyak dah... tatau pi mana yang byk2 tue.. ni nk kene taip balik la ni..

Macam2 gak perasaan time tu.. happy bila dgn sekali lafaz je aku dah jadi isteri org.. sebak pon ada.. tetiba rasa taat kepada suami tu tetiba je muncul w/pon sblom ni aku kategori yg suka ikut kepala sndiri...ekekeke...ntah..mcm2 la lagi.. susah nak gambarkan...

Masa tu penat + ngantuk semua tak terasa.. walaupon boleh dikatakan tiap2 malam xcukup tidor utk wat preparation.. Pagi tu sempat lagi buat sirih junjung utk hantaran. Then wat hiasan utk kek hantaran.. 2 bende ni je yang tak dan nak disiapkan malam sabtu tu, sebab jam pon dah menunjukkan pukul 3 pagi.. inai tak pakai lagi.. seb baik ada inai ekspress..tu pon ramai da bising suruh aku tidor takut mata lebam..

Gubahan hantaran
rombongan laki sampai dalam kol 1 lebih, then solat zuhur kat surau sambil tunggu pihak aku dgn tok kadi dtg.. masa da masuk surau tu mcm blurr kejap pon ada.. jejak je kaki ke dalam surau, flash kamera bertukar ganti... dah macam artis je aku rasa..hehe..(perasan la tu...)

Then terus dgn upacara akad nikah... pastu penyerahan mas kahwin semua buat kat dalam umah.. seb baik surau dgn umah tak jauh.. Da sampai umah tu, masuk2 je terus nampak makanan dah terhidang... fuh.. best2 lak tu lauk2nye.. tapi aku xleh nak makan dulu.. perlu selesaikan hal yang lain dulu...

Aku pon terimala mas kahwin sbyk RM80 tunai..... sebentuk cincin dan seutas gelang... pastu berlaku la acara posing-memosing, flash kamera pon mula la bertukar ganti... ni baru 3 org cameraman (yang aku hire cuma sorg je... 2 lagi adalah tambahan sukarela). Kalo artis yang berhadapan dengan puluhan kamera tu tatau la nk kata bznye gane..


Alhamdulillah... overall majlis berjalan dengan lancar... pastu aku baru teringat, dari pagi sampai ke petang, aku cuma sempat makan karipap 2 ketul je... dah petangtu barulah leh makan dgn tenang... ekekeke... tapi aku mkn sorg2 je la, pasal suami aku ikut family dia balik kg semula... Malam pulak ada kenduri tahlil untuk jemputan rewang... Memang penat abess....

Aku nak ucapkan terima kaseh byk2 kat semua yang terlibat dalam majlis pernikahan aku ni.. family dan sedara mara aku yang rewang bertungkus-lumus masak yg sedap2 utk menjamu family belah suami aku... juga time kasih byk2 kpd kawan2 aku yang sudi datang memeriahkan majlis... yaya, dilla, nuzul, syima & elly...



Lepas majlis akad nikah...

Dgn Dilla & Yaya... time ni da bukak veil...


Kat sini ada la sikit gambar yang disumbangkan ikhlas drpd yaya.. aku tada kamera sendiri.. nak amek gambar guna kamer hp pon xsempat.. tapi nanti kalo da dapat gambar dr photographer.. aku upload bebanyak okey..

Juga, berjuta2 time kasih kepada pakcik ku (pemilik butik Dea Arjuna Andaman) yang menata-rias bilik aku dah macam singgahsana.. tapi ruang tak banyak dalam bilik sebab bilik pon xbesar sgt.. nak masuk pon kene beratur dulu.. hehehe...

Monday, May 18, 2009

5 days to go....

Hari Jumaat lepas perabot dah sampai... tapi katil lom pasang lagi kecuali almari n meja cermin. Almari terpaksa letak kat bilik lain pasal nak sediakan space sikit utk decorate. Pastu aku pon kemaskan bilik yg baru lepas di cat.. then pasang katil dan masukkan almari cermin dalam bilik.. Siap sume da dkt tgh malam la gak.. Letih giller... dah la kayunye sume berat2. Semua guna tenaga wanita lak tu.. kalo angkt sorg, gerenti xlarat...

Hari sabtu pagi tu kije, pastu kuar ke klang carik barang2 sikit.. malamnye lak buat operasi cat ruang depan.. memula macam rasa tanak cat, tapi bila terpandang hasil seni nukilan anak2 buah aku, nak tanak, kene cat la gak... tenyeh la kaler ape yg ada.. seb baik abg aku dari sabak bernam. da sampai.. last2 dia yg tolong abeskan, aku pon tolong gak cat yg ujung2 tu... hehehe.. tgn da xlarat beb... penat woo keje mengecat ni. Seb baik ruang xbesar sgt, then setel operasi dlm kol 2pg.

Ahad plak wat projek jait langsir. Aku malas nak jait kepala langsir, jait staright je.. dah xcukup masa.. tetiba tghri dlm kol 11, dpt call.. moto tunang aku rosak kat area Klang Sentral. Dia tgh o.d.way nk balik kg... so, aku pon bergegas la gi tolong, tapi seb baek ada member dia yg dah tolong tolakkan moto samapi pekan meru.... pastu balik umah, sambung balik menjait, then dlm kol 6ptg moto rosak lagi.. padahal da repair tghri tadi.. aduss... sadis tol..... kali ni dia nk balik umah kakak dia lak kat jln kebun lak... so, aku pon gi la tolong lagi.. cobaan btol la... seb baek kt jln kebun ada bengkel moto... Last2 biar je moto tu kat bengkel.. rasa nak campak parit pon ada gak.. tensen jer... cobaan.....

balik umah dah maghrib, pas solat, abeskan gak projek menjait... samapi la kol 12 baru siap.. padahal nk jait langsir utk 2 tingkap je.. yang satu tu 4 daun, satu lagi 3 daun... nampak la sikit rupa bilik bila da pasang langsir tu...

so, utk minggu ni byk lagi nk kene setel sblom majlis nikah...
Bunga lom carik lagi...
langsir rumah pon lom pasang lagi...
khamis ni aku dah start cuti.. nak kene kemas2 bilik lagi..

Penatnye.....
tapi bila fikir nk jadiisteri org tu, berdebar pon ada...
bila fikir nk pakai baju nikah tu, xsabar pon ada... hehehehe...

Tuesday, May 12, 2009

10 days to go....

Mula minggu ni dah terasa otak berpusing tersangat laju, ligat memikirkan apa lagi yang belum diselesaikan.. hari bertukar status bakal menjelang.. 10 hari je lagi...!!!
Seminggu lepas tu nak buat persiapan utk majlis pulak..

aduss.. byk lagi yang blom setel nih..
Langsir lom siap lagi.. semalam baru terhegeh2 nak potong langsir utk bilik, w/camne pon, aku akan jait se'simple' abes utk langsir bilik nanti.. xcukup masa dah..

arini pulak baru nak beli cat utk cat bilik.. mulanya malas nak tukar cat, tapi memandangkan warna biru yang dah sedia ada tu sangat lari dari konsep asal, so, kene la carik warna yang boleh masuk..

owh... terlupa pulak... pakcik aku suruh carik runner dengan sarung bantal kecik warna merah..
bila nak gi beli ni...???
ermm.. kain merah utk buat baju sepupu aku ijah pon lom belikan lagi.. xpela, nnt boleh carikan sekali... tapi bila...???

Bunga pulak lom gubah lagi... ingat nk carik bunga baru... ada ke x bajet ni ek...? huhu..

Hari jumaat ni org cavenzi dah tepon kata nak hanta set bilik tidor... uuu....xsabar nk tgk...
very excited..

apepon, byk mende nk kene setel dlm minggu ni..

haa... yg paling penting, kad jemputan untuk kawan2 aku kat kampung kene edarkan dalam minggu ni gak....

Monday, April 27, 2009

Welkam bek...

Yeaa... setelah sekian lama aku menghilangkan diri dari dunia mem'blogging', kini aku kembali...
ahahahah...
kembali dgn kepala yg pening2 lalat bercampur bahang2 migrain akibat memikirkan lagi sebulan je nak kawen.. tapi preparation masih di tahap tiada kemajuan... apa kes...???!!

Aku nak kawen ke...???? ooohhh... tidaaaaakkk...!!!!
Best ke kawen tu?
Org2 yg da kawen kata, kawen tu adalah sgt best...!!

so, sape2 yg blom mendaftarkan diri utk ke alam perkahwinan, cepat2 la amik nombor okey...

will be right back for another story.............

Wednesday, March 4, 2009

Sayu...

Sebenarnya skrg ni tersangat bz dan tada mood utk men"update". Tp disebabkan satu kejadian ni, tetiba teringin lak nk mengupdate...


Tadi masa nak gi kerja, lebey kurang dalam kol 7.45, aku terserempak dgn 2 org budak (laki & pompuan) berpakaian lengkap nak ke sekolah agama. Kalo tgk saiz, yang perempuan tu mungkin dlm darjah 1, dan sorg lagi dlm darjah 2 @ 3. boleh jadik abang dgn adik.

Bila tgk 2 org budak tu, aku tgk jam, dlm hati aku tertanya, "Dah pukul brp xgi sekolah lagi ni?" Then i realised yang budak pompuan tu tgh tuntun basikal dia, dan abg dia plak kayuh pelan2 je sebelah adik dia.. "Basikal budak pompuan tu rosak gaknye...", hati aku berkata lagi..

Walaupon kejadian tu aku cuma sempat tgk sekilas pandang je, tapi dah cukup buat hati aku sayu di pagi hari. Abg yang sanggup lambat kesekolah semata2 kerana memastikan adiknya selamat kesekolah gara2 basikalnya rosak. Aku xpasti la apa yg berlaku seterusnya. But I can feel, how protective the brother towards his sister. Perasaan ni buat aku terkenangkan pakcik aku yang sanggup pertahankan hak aku depan mak aku sendiri... I'll burst into tears everytime I remember on that incident.. He had sacrifice a lot for me...

huhu.. sentimental la plak di pg hari....

Tuesday, February 24, 2009

Bz lah...

I'm sorry... (sila baca dlm nada Amir-Raja Lawak)

skrg ni agak bz dan malas sikit nak mengupdate..
so, tunggu je lah untuk cerita-cerita akan datang..

Mood mengupdate akan datang xlama lagi..
Tunguuu....!

Wednesday, February 11, 2009

Dinner @ company..

Hari Jumaat yang lepas, kira-kira jam 6 petang, bermula lah acara makan malam kat kilang aku. Disebabkan bajet yg ciput, dinner cuma buat kat area kilang jer.. jadila.. at least ada drpd langsung tada..

Acara dimulakan dengan kehadiran 2 ekor singa bersama muzik iringan "dung, dung ceng.."yang hampir2 membuatkan gegendang telinga aku gagal berfungsi.


(1) ala..sebuk je abg kotak ni... (2) Singa tu nk ngada-ngada laks..


(3) Singa tu nak main belon kat atas khemah.. (4) Hahaha..kaulah mknn aku yg paling sdp..



Menu macam2 ada.. sate n kambing golek telah berjaya menarik perhatian aku, dan itu la mknn pertama yg aku terkam dulu utk appetizer.. (pasal kat menu lain ramai sgt org beratur..). Kalo ikutkan nafsu, rasa mcm nk abeskan je semua sate2 tu, sedap sehingga menjeling lagi.. tapi apakan daya, perut aku pon teringin nk rasa yg lain2 gak. Aku amek semua menu tapi dlm portion yg sikit. Control la konon....



Boleh la nk kata masakan sedap2 sumenya, cuma aku sikit xpuas hati psl ayam goreng bersalut nye sgt keras, agaknye kalo yg pakai gigi palsu, leh tanggal dibuatnye..





Aku tertarik dengan hiasan mknn buffet tu.. tetiba je singa yang joget-joget tadi telah bertukar menjadi singa pelayan... haha..




Ada sama ka...?

oooh ye.. terlupa pulak.. sebelum acara makan2 bermula, kami ada melakukan ini..



habis berterabur yee sang tu atas meja.. siap ada yg panjat2 kerusi lagi pasal kununye lagi tinggi lg bagus... Yang bestnye, masing2 dapat ang pau dari bos besar yang bernilai RMxxx.xx .. alhamdulillah.. leh la lepas wat belnja dapur aku.. Dan yang xbestnye ada perkara yang menyebabkan aku sedih & marah terhdp kejadian yang memalukan org muslim. Sampai la sekarang aku rasa mcm xdpt nk maafkan org2 yg meneguk "air" itu...


Wednesday, February 4, 2009

Hari membuat langsir telah hilang...

Masa aku cuti seminggu (start dari raya cina), sempat gak aku menggunting kain2 untuk dijadikan langsir. Dengan harapan, seminggu ni boleh lah aku siapkan kesemuanya..
Rumah aku ada 1 sliding door (3pintu), 10 tingkap (2 daun), 3 tingkap (4 daun), 3 tingkap (3 daun). Huhu.. banyak tak..?? Rumah aku tadalah besar pon, cuma kaya dengan tingkap jer.. bagus untuk pengudaraan kan... (Dan sangat bagus untuk eksesais tangan bila kene rajin menyapu sebab banyak habuk masuk - penyakit rumah tepi jalan)

Tu belum termasuk lagi pintu2 bilik yang nak dilangsirkan jugak.
Eric Leong kata depan pintu bilik xperlu guna langsir.. tapi pintu aku tak cantik, so, terpaksa la dilangsirkan jugak..

Tapi, masa yang seminggu tu tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuat langsir, dengan erti kata lainnye, langsir aku blom siap lagik..!! aduila...

Mana taknya, banyak sangat kes yang berlaku dan gangguan2 ketika aku sedang fokus membuat langsir. Firstday (isnin) dapat mood nak jait langsir (nak menjait ni kene ada mood jugak tau..), mesin jait rosak pulak.. so, panggil la tukang repair, dah burn satu hari..
Then pada hari2 yang lain plak, ada urusan2 lain yang perlu diselesaikan, pegi bank la, shopping la, memacam lagi la.. da membazir hari gak...

Time nak potong kain plak, kucing2 aku tu sibuk je nak tolong sekali.. bukannye makin cepat siap, makin lambat adalah. Mana taknye, tolong dudukkan kain satu hal, pegi main kain langsir aku yang tengah nak potong pulak satu hal.. Sampai la aku kuar taring baru tak berani kucing2 tu nak dekat. Mana tak geram.. pantang bentang kain je, terus kene dudukkan kucing. Dia ingat tu mainan ke ape?

Sampai la sekarang.. mungkin baru 40% siap kot langsir aku tuh..
Mintak2 la aku ada masa nk sambung projek terbengkalai aku nih...
Bila balik kije je aku jadi sedih bila terpandang kain langsir yang belum berjait2 lagi tu..
Masa mungkin ada, tapi badan la tak larat...
Penat ler...


~aku cuma reti jait langsir yang lurus2 jer...
& tak banyak duit utk beli langsir yang dah siap..

Monday, February 2, 2009

Aku kena dera.?!


Aku telah menjadi mangsa dera..
Sila lihat gambarajah sebelah.
Ye..warna tangan aku memang gelap. Itu tandanya kulit aku kaya dengan pigmen melanin. Sila jangan terkonfius dengan "melamin" ok.
______________
*off topic kejap*
______________
Gejala kulit gelap tersebut adalah gara2 merempit setiap hari dan ia masih tidak mampu bertukar kembali kepada warna asal walaupon bertong-tong losyen pelembab/pencerah disapukan.
_________________________
*topic sebenar disambung semula*
_________________________
-
Cuba tengok kesan calar tersebut. Ada yang panjang, ada yang pendek dan ada yang sungguh dalam hingga mengalirkan cecair yang bernama darah..
Ini adalah angkara 3 ekor anak kucing aku yang cuba melepaskan diri sebab tak mau masuk kandang. Calar yang panjang tu adalah angkara Ponia & Polka, dan yang dalam dan berdarah tu pulak angkara anak kucing pakcik aku yang tengah nk gaduh dengan kucing2 lain. Namanya Myloo.
-
==========================
-
Kucing bernama "myloo" tu adalah kurang didikan sebagai kucing sejati kerana terlalu manja duduk dengan pakcik aku kat apartment. Bila dia datang ke rumah aku sekali-sekala (dengan tujuan untuk disosialisasikan bersama kucing2 yang lain), dia hanya tau bermusuh dengan kucing, tetapi tidak dengan manusia.
-
===========================
-
So, aku pon masukkan dia kedalam kandang yang bercampur dengan 3 anak kucing lain iaitu polka, ponia dan popo. Bila time aku nk bagi dia makan, dgn pantas dia mencakar tangan aku... (di bersikap demikian kerana masih dalam mood tak mau bergaul dengan anak2 kucing yang lain td). Huhu..Sungguh dalam dan berbisa! Cakar yang dalam dan berbisa itu menyinggah ke tangan aku selepas beberapa jam aku mendapat calar yang panjang tadi..
-
============================
-
Habis tangan aku dah xcantek.. Sudah la hitam, bergaris2 pula..
itupon naseb baik masih ada tgn yang sempurna kan? syukur...syukur...
=
=


p/s: Leceh la nak pakai glove time naik moto. Da beberapa kali cuba, tapi cuma angat2 taik ayam jer..

Thursday, January 29, 2009

Sape nak makan..??

Minggu lepas aku buat kek utk birthday anak buah aku..

Cuba la buat sendiri, walaupon tak sehebat kek2 yang terpamer di kedai2,

tapi inilah hasilnya...


taraaa...

Amacam? ok x?
yang pastinye anak2 buah aku sibuk berebut coklat keping yang kat tepi tuh..
dalamnye adalah kek coklat..
Next time nak try lagi la..
wat design ngarut ape lak ek pas nih...?

Thursday, January 22, 2009

Comelnye mereka...

Arini aku ada dapat satu emel tentang gambar2 binatang,

saje aku nak kongsi gambar2 tu sebab aksi mereka sangat comel..


1) Burung hantu yang pandai baca buku...












2) Belajar terbang.. wei.,. tunggu la aku.... 3) nganga la besar skit.. aaaaaa...


4) Apa yang penting? kerjasama....












5) Kami adalah pasangan yang serasi kan...? 6) Mak..mana saya nak tido ni...?

Tuesday, January 20, 2009

Geram...!!

Arini adalah ari aku asik rasa sakit ati dan marah.. huhu..ape dah jadi ni??
Adakah aku stress? emo? sensitif? o..bukan..bukan..
Mereka adalah org yg bertanggungjawab yang telah membuat aku sakit hati dan geram...

Korang rasa kan, patut ke penoreh getah tu kene "sound" (dgn pembajak) sebab dia tak pandai bajak sawah?
Tensen kan kalo kene sound sebab kita tatau buat benda yg kita tatau..
Dah la suruh handle sndiri. Pastu kene sound pulak bila ditanya.
Dan dengan selambanya aku sound balik kat "pembajak" tuh..
Sinis dan pedas,but still in low tone.
Nasib la..sndiri mau ingat la kan.. selagi aku bole tahan sabar, aku akan sabar.
Kalo da sampai nk pijak kepala tu, tunggu la akibatnye...
Ye...aku garang orangnye.. tp garang bertempat okey..

Dan menahan marah tu adalah sangat susah, sampai nk terkeluar gak air mata ni rasanya..tapi bila berjaya, puas rasanya...
Sejak aku taip huruf pertama tadi adalah masa selepas aku sound org tu, dan ayat terakhir ni aku dah jadi cool balik.... fuh...


Sunday, January 18, 2009

Durian runtuh..tapi kene tebuk tupai daaa...

Salam

Antara bulan ni dan bulan lalu masing-masing menunggu imbuhan ataupon sinonimnya dikatakan sebagai "BONUS", dari tempat kijer masing2. Rata2 bertanya, berapa byk bonus yg aku dpt kali ni? Banyak ke sikit? Ekonomi down, ada bonus ke?

Tapi bagi aku, ni kali pertama aku dapat bonus sejak bertukar ke tempat kerja baru. Tapi, company performance aku xberapa baik, gara-gara tempias ekonomi. So, jumlah yang dapat pon xberapa baik. Tapi aku tetap bersyukur sgt sebab ni adalah pemberian rezki yang terbaik berbanding tahun2 lalu... Untuk tahun akan datang, aku tatau la camne. mudah2an ekonomi pulih la balik..

Tapi aku terfikir nasib pekerja2 yang terpaksa diberhentikan atau tak dapat sebarang bonus setelah penat berkhidmat di tempat kerja masing. Yang dah berkeluarga nak tanggung anak2 sekolah..semua nak duit.. Semoga mereka dibukakan pintu rezki.. Amin..

Apepon, rezki yang ada ni aku xboleh nak sia-siakan.. persedian harus dimulakan dari sekarang memandangkan masanya hampir datang... walaubagaimanapon azam aku tahun ni tetap akan aku cuba lunaskan - perbanyakkan sedekah.. Senyum pon sedekah kan? hehe..

Asal entry aku kali ni agak formal sedikit.. ermm.. mngkin ada sedih campur gembira.
huhu..xpelah.. yg penting, org yg baca faham ape yg aku nk smpaikan..

So, kepada sesiapa yang dapat bonus melimpah ruah tu, jgn lupa kepada yang memerlukan..
Sumbang la sikit kepada mangsa2 perang kat Gaza tu..

ok, chiaouww..

Monday, January 12, 2009

Tatau nak bagi tajuk ape..

Macam biasa bulan ni adalah bulan tersangat bz. Macam nk balas dendam kekosongan masa di bulan lalu. Dah la asek tak dapat dtg awal je.. asal ek? susah tol nk dtg awal skrg..

Banyak benda dlm lab yang perlu diselesaikan walaupon tugasan rutin tersangat banyak. Banyak quotation yang nk kene mintak gara-gara calibration perlu dijalankan. Dan jumlah harga quotation bukan calang-calang.. mungkin boleh menyebabkan "Financial Controller" mengalami sakit otak.

Disebabkan kerja yg terlalu banyak, jadi masa utk bersenang-lenang dgn komputer adalah terhad. Nak update po da xsempat. Cuma time makan je leh bagi otak rehat. Dan masa rehat yang lebih tu digunakan untuk main game kejap..

Tak dapat nk coret byk, psl panggilan arini bertalu2.

p/s: Sape tgk WHI tghari tadi?

Sunday, January 4, 2009

Riinnggg....!!!! Sekolah bermula..

Arini da start sesi persekolahan..
arini jugak anak buah aku da masuk darjah satu...
sekolah di sekolah yang pernah aku sekolah dulu...
Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun..
yeah... itula sekolah yg byk memori walaupon aku cuma 3 tahun je kat situ..

Teringat pulak zaman dolu2..
aku mula masuk sekolah tu waktu darjah 4.
Yang paling aku ingat time ni adalah cikgu Mat Zin,
sape yang duduk depan sekali kene pakai payung time cikgu ni ngaja.. (cikgu tu yg kata sndiri tau...). Subjek dia ajar time tu adalah tulisan. Time tu la aku berkenan giller dgn tulisan sambung. Tapi malangnye tak dpat di praktikkan sewaktu exam, kununnya nnt pemeriksa xpaham.. tapi bagi aku, tulisan sambung adalah sangat seni.

Darjah 5 & 6 lagi byk memori..
Cikgu Ghazali, Mr K, Cikgu Junaidah, Cikgu Jalani and my beloved teacher..Cikgu Megat. Time tu aku jadi anak murid kesayangan cikgu Megat (ke aku yg perasan sndiri..?)
Selalu dapat susu kotak free, selalu dapat hadiah free - kalo hadiah tu mesti la free kan?
Dia la cikgu muzik yg paling hebat! aku kata dia hebat sbb cikgu muzik yang gantikan dia pon terpaksa panggil dia balik untuk ajar kitorang koir. Hanya cikgu Megat yang boleh menghidupkan muzik dalam jiwa anak2 muridnye.. Hahaha...sape ingat kejadian itu!!

Kalo nk cerita semua memori kat sekolah tu memang xckup masa. Dan yang paling penting, aku juga pernah mengajar di sekolah itu. Tapi bukan subjek muzik tau... hahaha..