Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rabbana atinaa fid-dunniaa hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qinaa 'azaaban-nar.

Sunday, January 18, 2009

Durian runtuh..tapi kene tebuk tupai daaa...

Salam

Antara bulan ni dan bulan lalu masing-masing menunggu imbuhan ataupon sinonimnya dikatakan sebagai "BONUS", dari tempat kijer masing2. Rata2 bertanya, berapa byk bonus yg aku dpt kali ni? Banyak ke sikit? Ekonomi down, ada bonus ke?

Tapi bagi aku, ni kali pertama aku dapat bonus sejak bertukar ke tempat kerja baru. Tapi, company performance aku xberapa baik, gara-gara tempias ekonomi. So, jumlah yang dapat pon xberapa baik. Tapi aku tetap bersyukur sgt sebab ni adalah pemberian rezki yang terbaik berbanding tahun2 lalu... Untuk tahun akan datang, aku tatau la camne. mudah2an ekonomi pulih la balik..

Tapi aku terfikir nasib pekerja2 yang terpaksa diberhentikan atau tak dapat sebarang bonus setelah penat berkhidmat di tempat kerja masing. Yang dah berkeluarga nak tanggung anak2 sekolah..semua nak duit.. Semoga mereka dibukakan pintu rezki.. Amin..

Apepon, rezki yang ada ni aku xboleh nak sia-siakan.. persedian harus dimulakan dari sekarang memandangkan masanya hampir datang... walaubagaimanapon azam aku tahun ni tetap akan aku cuba lunaskan - perbanyakkan sedekah.. Senyum pon sedekah kan? hehe..

Asal entry aku kali ni agak formal sedikit.. ermm.. mngkin ada sedih campur gembira.
huhu..xpelah.. yg penting, org yg baca faham ape yg aku nk smpaikan..

So, kepada sesiapa yang dapat bonus melimpah ruah tu, jgn lupa kepada yang memerlukan..
Sumbang la sikit kepada mangsa2 perang kat Gaza tu..

ok, chiaouww..

No comments: