Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rabbana atinaa fid-dunniaa hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qinaa 'azaaban-nar.

Thursday, December 4, 2008

Sebut betul-betul....

Sebenarnya harini tengok tarikh 7 zulhijjah..
Bila tengok perkataan "Zulhijjah" ni, teringat masa sekolah sambest dulu.
Ustaz ada bagitau sebutan sebenar bulan2 islam ni. Ustaz sape ek namanye, aku macam dah xingat.. ustaz yang rendah2..comel2...rasanye penolong pengetua Us Salehuddin Kayat.. aku da xingt namanya..huhu..

Antara yang aku masih ingat, sebutan sebenar mengikut bahasa arab bagi
"Zulkaedah" adalah "Zul-Qa'dah";
"Jamadil Awal" adalah "Jumadal-Ula";
"Jamadil Akhir" adalah "Jumadal-Ukhra"..

Zulhijjah tu sama je kot sebutannye rasanye.. dan yang lain-lain tu pon rasanye sama je..

Kalo aku silap sila btolkan yer...

Subut pasal zulhijjah ni, tak lama lagi kita akan menyambut Aidil Adha pada 10 zulhijjah = isnin 8 Dec.
Pada 9 zulhijjah, kita disunatkan puasa.. iaitu pada hari ahad ni 7 Dec.
Juga disunatkan posa pada 8 zulhijjah, sabtu 6 Dec sebab boleh jadi 9 zulhijjah tu jatuh pada hari sabtu... itu pendapat yang aku dengar la.. sumber xingat.. Apepon, itu posa sunat je..

Tapi 11,12 dan 13 Zulhijjah adalah hari haram berpuasa.. iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis (9,10&11 Dec).. so, sape2 yg plan nk posa sunat minggu depan.. should be noticed about these days ok..

Apepon... selamat beramal...

No comments: