Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rabbana atinaa fid-dunniaa hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qinaa 'azaaban-nar.

Tuesday, February 24, 2009

Bz lah...

I'm sorry... (sila baca dlm nada Amir-Raja Lawak)

skrg ni agak bz dan malas sikit nak mengupdate..
so, tunggu je lah untuk cerita-cerita akan datang..

Mood mengupdate akan datang xlama lagi..
Tunguuu....!

Wednesday, February 11, 2009

Dinner @ company..

Hari Jumaat yang lepas, kira-kira jam 6 petang, bermula lah acara makan malam kat kilang aku. Disebabkan bajet yg ciput, dinner cuma buat kat area kilang jer.. jadila.. at least ada drpd langsung tada..

Acara dimulakan dengan kehadiran 2 ekor singa bersama muzik iringan "dung, dung ceng.."yang hampir2 membuatkan gegendang telinga aku gagal berfungsi.


(1) ala..sebuk je abg kotak ni... (2) Singa tu nk ngada-ngada laks..


(3) Singa tu nak main belon kat atas khemah.. (4) Hahaha..kaulah mknn aku yg paling sdp..



Menu macam2 ada.. sate n kambing golek telah berjaya menarik perhatian aku, dan itu la mknn pertama yg aku terkam dulu utk appetizer.. (pasal kat menu lain ramai sgt org beratur..). Kalo ikutkan nafsu, rasa mcm nk abeskan je semua sate2 tu, sedap sehingga menjeling lagi.. tapi apakan daya, perut aku pon teringin nk rasa yg lain2 gak. Aku amek semua menu tapi dlm portion yg sikit. Control la konon....



Boleh la nk kata masakan sedap2 sumenya, cuma aku sikit xpuas hati psl ayam goreng bersalut nye sgt keras, agaknye kalo yg pakai gigi palsu, leh tanggal dibuatnye..





Aku tertarik dengan hiasan mknn buffet tu.. tetiba je singa yang joget-joget tadi telah bertukar menjadi singa pelayan... haha..




Ada sama ka...?

oooh ye.. terlupa pulak.. sebelum acara makan2 bermula, kami ada melakukan ini..



habis berterabur yee sang tu atas meja.. siap ada yg panjat2 kerusi lagi pasal kununye lagi tinggi lg bagus... Yang bestnye, masing2 dapat ang pau dari bos besar yang bernilai RMxxx.xx .. alhamdulillah.. leh la lepas wat belnja dapur aku.. Dan yang xbestnye ada perkara yang menyebabkan aku sedih & marah terhdp kejadian yang memalukan org muslim. Sampai la sekarang aku rasa mcm xdpt nk maafkan org2 yg meneguk "air" itu...


Wednesday, February 4, 2009

Hari membuat langsir telah hilang...

Masa aku cuti seminggu (start dari raya cina), sempat gak aku menggunting kain2 untuk dijadikan langsir. Dengan harapan, seminggu ni boleh lah aku siapkan kesemuanya..
Rumah aku ada 1 sliding door (3pintu), 10 tingkap (2 daun), 3 tingkap (4 daun), 3 tingkap (3 daun). Huhu.. banyak tak..?? Rumah aku tadalah besar pon, cuma kaya dengan tingkap jer.. bagus untuk pengudaraan kan... (Dan sangat bagus untuk eksesais tangan bila kene rajin menyapu sebab banyak habuk masuk - penyakit rumah tepi jalan)

Tu belum termasuk lagi pintu2 bilik yang nak dilangsirkan jugak.
Eric Leong kata depan pintu bilik xperlu guna langsir.. tapi pintu aku tak cantik, so, terpaksa la dilangsirkan jugak..

Tapi, masa yang seminggu tu tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuat langsir, dengan erti kata lainnye, langsir aku blom siap lagik..!! aduila...

Mana taknya, banyak sangat kes yang berlaku dan gangguan2 ketika aku sedang fokus membuat langsir. Firstday (isnin) dapat mood nak jait langsir (nak menjait ni kene ada mood jugak tau..), mesin jait rosak pulak.. so, panggil la tukang repair, dah burn satu hari..
Then pada hari2 yang lain plak, ada urusan2 lain yang perlu diselesaikan, pegi bank la, shopping la, memacam lagi la.. da membazir hari gak...

Time nak potong kain plak, kucing2 aku tu sibuk je nak tolong sekali.. bukannye makin cepat siap, makin lambat adalah. Mana taknye, tolong dudukkan kain satu hal, pegi main kain langsir aku yang tengah nak potong pulak satu hal.. Sampai la aku kuar taring baru tak berani kucing2 tu nak dekat. Mana tak geram.. pantang bentang kain je, terus kene dudukkan kucing. Dia ingat tu mainan ke ape?

Sampai la sekarang.. mungkin baru 40% siap kot langsir aku tuh..
Mintak2 la aku ada masa nk sambung projek terbengkalai aku nih...
Bila balik kije je aku jadi sedih bila terpandang kain langsir yang belum berjait2 lagi tu..
Masa mungkin ada, tapi badan la tak larat...
Penat ler...


~aku cuma reti jait langsir yang lurus2 jer...
& tak banyak duit utk beli langsir yang dah siap..

Monday, February 2, 2009

Aku kena dera.?!


Aku telah menjadi mangsa dera..
Sila lihat gambarajah sebelah.
Ye..warna tangan aku memang gelap. Itu tandanya kulit aku kaya dengan pigmen melanin. Sila jangan terkonfius dengan "melamin" ok.
______________
*off topic kejap*
______________
Gejala kulit gelap tersebut adalah gara2 merempit setiap hari dan ia masih tidak mampu bertukar kembali kepada warna asal walaupon bertong-tong losyen pelembab/pencerah disapukan.
_________________________
*topic sebenar disambung semula*
_________________________
-
Cuba tengok kesan calar tersebut. Ada yang panjang, ada yang pendek dan ada yang sungguh dalam hingga mengalirkan cecair yang bernama darah..
Ini adalah angkara 3 ekor anak kucing aku yang cuba melepaskan diri sebab tak mau masuk kandang. Calar yang panjang tu adalah angkara Ponia & Polka, dan yang dalam dan berdarah tu pulak angkara anak kucing pakcik aku yang tengah nk gaduh dengan kucing2 lain. Namanya Myloo.
-
==========================
-
Kucing bernama "myloo" tu adalah kurang didikan sebagai kucing sejati kerana terlalu manja duduk dengan pakcik aku kat apartment. Bila dia datang ke rumah aku sekali-sekala (dengan tujuan untuk disosialisasikan bersama kucing2 yang lain), dia hanya tau bermusuh dengan kucing, tetapi tidak dengan manusia.
-
===========================
-
So, aku pon masukkan dia kedalam kandang yang bercampur dengan 3 anak kucing lain iaitu polka, ponia dan popo. Bila time aku nk bagi dia makan, dgn pantas dia mencakar tangan aku... (di bersikap demikian kerana masih dalam mood tak mau bergaul dengan anak2 kucing yang lain td). Huhu..Sungguh dalam dan berbisa! Cakar yang dalam dan berbisa itu menyinggah ke tangan aku selepas beberapa jam aku mendapat calar yang panjang tadi..
-
============================
-
Habis tangan aku dah xcantek.. Sudah la hitam, bergaris2 pula..
itupon naseb baik masih ada tgn yang sempurna kan? syukur...syukur...
=
=


p/s: Leceh la nak pakai glove time naik moto. Da beberapa kali cuba, tapi cuma angat2 taik ayam jer..